Kursus Apa Yang Ditawarkan di Invictus Skill Training Academy ?
Kami menawarkan pelbagai kursus di bawah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 seperti Kimpalan (SMAW, FCAW, TIG), Automotif (Servis Diagnostik Kenderaan RIngan), lain-lain kursus teknikal TVET.
Adakah Kursus Ini Diiktiraf?
Ya, semua kursus adalah diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia, dan pelatih yang lulus akan dianugerahkan sijil rasmi SKM.
Berapa Lama Tempoh Pengajian?
Tempoh pengajian berbeza mengikut kursus:
• Kursus penuh SKM: 18 bulan
• Kursus jangka pendek (Short Course): 2 minggu - 3 bulan
Adakah Disediakan Asrama?
Ya, pusat latihan menyediakan kemudahan asrama pelatih lengkap dengan ruang belajar, surau, dan kemudahan asas.
Apakah Syarat Kelayakan Pelajar?
• Warganegara Malaysia
• Minimum mempunyai sijil berhenti sekolah
• Berumur 16 - 35 tahun (keutamaan untuk belia)
Apakah Pinjaman atau Bantuan Kewangan Disediakan?
Ya, pelatih boleh memohon Pinjaman PTPK dan beberapa kursus tertentu juga menerima tajaan daripada agensi kerajaan atau industri rakan kerjasama.
Siapa Yang Boleh Dihubungi Untuk Maklumat Lanjut?
Anda boleh hubungi:
📞 05-6837781
📧 invictusskill@gmail.com
📍 Lot 12-18, Jalan lumut mutiara 2/1, Taman Lumut Mutiara 2, 32200 Lumut, Perak
Bagaimana Prospek Pekerjaan Selepas Tamat Kursus?
Graduan mempunyai peluang kerjaya dalam industri:
• Kimpalan & Fabrikasi - limbungan kapal, minyak & gas, pembinaan, pembuatan
• Automotif - bengkel, pusat servis, pengedar kereta
Bagaimana Cara Untuk Mendaftar?
Pendaftaran boleh dbuat dengan:
• Menghubungi pejabat kami di 05-6837781
• Mengisi borang pendaftaran melalui laman web rasmi
• Walk-in ke pejabat pusat latihan
Adakah Terdapat Lawatan Industri atau Latihan Amali?
Ya, setiap semester pelatih akan mengikuti lawatan industri ke syarikat-syarikat terpilih dan menjalani latihan amali industri untuk pendedahan sebenar.