Invictus Skill
Training Academy
05-683 7781
invictusskill@gmail.com
kisah kejayaan

Kisah Kejayaan

Kami mengetengahkan kisah kejayaan alumni sebagai bukti bahawa latihan berstruktur dan bimbingan yang tepat mampu melahirkan graduan berkemahiran tinggi. Latar belakang yang berbeza bukanlah penghalang, kerana dengan disiplin dan kesungguhan, setiap pelatih berpeluang mencapai tahap kompetensi serta kerjaya yang membanggakan.

Galeri Alumni

Kisah Kejayaan Pelajar

  • Kisah Kejayaan Pelajar

    Muhamad Firdaus bin Mohd Mokhtar (Perak)

    Berbekalkan semangat untuk mengubah nasib diri dan keluarga, Muhamad Firdaus bin Mohd Mokhtar yang berasal dari kawasan Felda di Sungkai, Perak, telah membuktikan bahawa kejayaan hadir kepada mereka yang berani melangkah keluar dari zon selesa.

    Firdaus berasal daripada keluarga berpendapatan M40 dengan jumlah pendapatan isi rumah sekitar RM6,000.00, di mana kedua ibu bapanya bekerja sendiri, dan beliau merupakan satu-satunya anak yang bekerja dalam keluarga. Namun begitu, minat dan tekadnya untuk memperbaiki kehidupan telah membawanya merantau ke Wilayah Utara, Perak demi mengejar impian menjadi jurukimpal dalam industri pembuatan.

    Usahanya membuahkan hasil apabila beliau kini bekerja di salah satu syarikat subkontraktor terbesar di rantau Lumut di bawah kontraktor utama Lumut Naval Shipyard (LUNAS), iaitu Propel Global Berhad, dengan gaji tertinggi dalam kalangan rakan sekelasnya semasa Kohort 5/2023.

    Keberanian dan keazaman Firdaus untuk berubah serta mempertingkatkan taraf hidup keluarga menjadikan kisahnya satu inspirasi kepada pelatih lain bahawa kejayaan dalam bidang TVET datang kepada mereka yang berusaha dan berani mencuba.
  • Kisah Kejayaan Pelajar

    Muhammad Daniel Syafiq Bin Che Mohd Dzaher (Kedah)

    Berbekalkan semangat yang tinggi dan keinginan untuk mengubah nasib diri, Muhammad Daniel Syafiq Bin Che Mohd Dzaher yang berasal dari negeri Kedah telah membuktikan bahawa asal-usul bukan penghalang untuk mencapai kejayaan besar.

    Beliau datang daripada keluarga B40 dengan pendapatan isi rumah sekitar RM5,000.00 sahaja. Ayahnya bekerja sebagai pesawah, manakala ibunya seorang suri rumah sepenuh masa. Namun, dengan tekad dan semangat ingin memperbaiki taraf hidup, Daniel berani merantau jauh ke Pantai Timur, Terengganu, demi mengejar impian menjadi seorang jurukimpal dalam industri minyak dan gas.

    Hasil pengorbanan dan kerja kerasnya membuahkan hasil apabila selepas menamatkan llatihan di Pusat Bertauliah Invictus Skill Training Academy, beliau memperoleh gaji permulaan sebanyak RM2,458.33, dan dalam tempoh enam bulan pemantauan pekerjaan, gajinya meningkat lebih daripada 65%, mencecah sehingga RM7,032.60 — tertinggi dalam kalangan rakan seangkatannya.

    Keberanian Daniel untuk keluar dari zon selesa dan sanggup merantau jauh demi mencapai impian menjadi inspirasi kepada ramai pelatih lain bahawa kejayaan datang kepada mereka yang berani melangkah dan tidak pernah berputus asa.
  • Kisah Kejayaan Pelajar

    Brianas Bala Muga Bin Johanis (Sabah)

    Berasal dari Sabah dan datang daripada keluarga berpendapatan B40, Brianas Bala Muga Bin Johanis membuktikan bahawa semangat dan kemahiran mampu mengubah masa depan.

    Selepas menamatkan latihan di Pusat Bertauliah Invictus Skill Training Academy, beliau berjaya memperoleh gaji permulaan sebanyak RM3,584.00, melebihi purata gaji peserta lain dalam kohort yang sama. Dalam tempoh hanya enam bulan pemantauan pekerjaan, prestasi dan dedikasi beliau membuahkan hasil apabila gajinya meningkat lebih daripada 40% mencapai RM5,995.50.

    Kisah kejayaan Brianas menjadi bukti bahawa pendidikan TVET mampu mengubah kehidupan, membuka peluang kerjaya bernilai tinggi, dan meningkatkan taraf hidup beliau serta keluarga mereka ke arah masa depan yang lebih cerah.

Invictus Skill Training Academy

Lot 12-17, Jalan Lumut Mutiara 2/1,
Taman Lumut Mutiara 2,
32200 Lumut, Perak.
Invictus Skill Training Academy © 2025